Rasanyer lebih 4 kali aku tengok citer ni tanpa jemu...setanding
Boys Over Flower..nanti kite citer yer!
Go Mi Nyu yang sedang menjalani latihan untuk menjadi sister
di gereja didatangi oleh Pengurus Go Mi Nam (kembarnya)yang merayu untuk gantikan tempat abangnya di dalam kumpulan A.N.JELL (sebutannya
ANGEL). Go Mi Nam
mengalami kemalangan sehingga kene bedah segera di luar negara.
Pada mulanya, Go Mi Nyu menolak permintaan Pengurus Go Mi Nam tetapi
kemudiannya bersetuju apabila memikirkan ini adalah salah satu cara
untuk dia carik emak dia semula yang dah terpisah lama.
Berpakaian lelaki dia menyamar sebagai Go Mi Nam, sian ngan dia
terpaksa melalui kehidupan dengan kumpulan A.N.JELL yang terdiri
daripada Hwang Tae Kyung (watak ni dilakonkan oleh Jang Geun Suk, ,
Kang Shin Woo dan Jeremy. Pada mulanya, Hwang Tae Kyung tidak suka
dengan kehadiran Go Mi Nam / Go Mi Nyu kerana menganggap Go Mi Nam / Go
Mi Nyu menyusahkan dirinya. Berlainan dengan Kang Shin Woo yang menerima
baik kehadiran Go Mi Nam / Go Mi Nyu, begitu juga dengan Jeremy.
Keadaan bertambah sukar bila Hwang Tae Kyung mengetahui rahsia
penyamaran Go Mi Nam / Go Mi Nyu dan menggugut untuk mendedahkannya.
Kemudian, munculnya Yoo He Yi, seorang pelakon 'jahat' yang turut
mengesyaki Go Mi Nam ialah seorang perempuan. Salah seorang anggota
A.N.JELL iaitu Kang Shin Woo juga telah menyedari dari awal lagi bahawa
Go Mi Nam adalah seorang perempuan tetapi mengambil langkah untuk
menyimpan perasaan beliau.
Memandangkan cuma Hwang Tae Kyung sahaja yang mengetahui identiti
sebenar Go Mi Nam, Go Mi Nam lebih selesa menceritakan pelbagai perkara
dan menghabiskan masa dengan Hwang Tae Kyung. Walaupun hakikat sebenar
Hwang Tae Kyung ni jenis garang dan tak suka dengan perempuan. Gangguan
daripada Yoo He Yi, menyebabkan Hwang Tae Kyung selalu melindungi Go Mi
Nam. Tujuannya hanyalah untuk menjaga nama baik A.N.JELL dan album yang
akan dikeluarkan nanti. Tetapi lama kelamaan mereka menjadi rapat. Dalam
pada rapat tu, Hwang Tae Kyung tetap keras hati tak nak mengaku yang
dia sebenarnya sukakan Go Mi Nam / Go Mi Nyu. Konflik demi konflik
berlaku dalam hidup Hwang Tae Kyung dan Go Mi Nam / Go Mi Nyu. Sikap
Hwang Tae Kyung yang 'kasar' dan tak endahkan perasaan Go Mi Nam / Go Mi
Nyu menyebabkan Go Mi Nam keluar dari kumpulan tu selepas Go Mi Nam
yang sebenar pulang ke Korea.
Shuke...Shuke...Best sgt...cute n funny!


No comments:
Post a Comment