Saturday, 30 June 2012

K-Drama -Sweet,Funny,Romantic,Sad.... He's Beautiful !

K-Drama citer ni sweet sgt!!!He's Beautiful !
Rasanyer lebih 4 kali aku tengok citer ni tanpa jemu...setanding
 Boys Over Flower..nanti kite citer yer!



  Go Mi Nyu yang sedang menjalani latihan untuk menjadi sister di gereja didatangi oleh Pengurus Go Mi Nam (kembarnya)yang merayu untuk gantikan tempat abangnya di dalam kumpulan A.N.JELL (sebutannya ANGEL). Go Mi Nam  mengalami kemalangan sehingga kene bedah segera di luar negara. Pada mulanya, Go Mi Nyu menolak permintaan Pengurus Go Mi Nam tetapi kemudiannya bersetuju apabila memikirkan ini adalah salah satu cara untuk dia carik emak dia semula yang dah terpisah lama.
Berpakaian lelaki dia menyamar sebagai Go Mi Nam, sian ngan dia terpaksa melalui kehidupan dengan kumpulan A.N.JELL yang terdiri daripada Hwang Tae Kyung (watak ni dilakonkan oleh Jang Geun Suk, Kang Shin Woo dan Jeremy. Pada mulanya, Hwang Tae Kyung tidak suka dengan kehadiran Go Mi Nam / Go Mi Nyu kerana menganggap Go Mi Nam / Go Mi Nyu menyusahkan dirinya. Berlainan dengan Kang Shin Woo yang menerima baik kehadiran Go Mi Nam / Go Mi Nyu, begitu juga dengan Jeremy.
Keadaan bertambah sukar bila Hwang Tae Kyung mengetahui rahsia penyamaran Go Mi Nam / Go Mi Nyu dan menggugut untuk mendedahkannya. Kemudian, munculnya Yoo He Yi, seorang pelakon 'jahat' yang turut mengesyaki Go Mi Nam ialah seorang perempuan. Salah seorang anggota A.N.JELL iaitu Kang Shin Woo juga telah menyedari dari awal lagi bahawa Go Mi Nam adalah seorang perempuan tetapi mengambil langkah untuk menyimpan perasaan beliau.
Memandangkan cuma Hwang Tae Kyung sahaja yang mengetahui identiti sebenar Go Mi Nam, Go Mi Nam lebih selesa menceritakan pelbagai perkara dan menghabiskan masa dengan Hwang Tae Kyung. Walaupun hakikat sebenar Hwang Tae Kyung ni jenis garang dan tak suka dengan perempuan. Gangguan daripada Yoo He Yi, menyebabkan Hwang Tae Kyung selalu melindungi Go Mi Nam. Tujuannya hanyalah untuk menjaga nama baik A.N.JELL dan album yang akan dikeluarkan nanti. Tetapi lama kelamaan mereka menjadi rapat. Dalam pada rapat tu, Hwang Tae Kyung tetap keras hati tak nak mengaku yang dia sebenarnya sukakan Go Mi Nam / Go Mi Nyu. Konflik demi konflik berlaku dalam hidup Hwang Tae Kyung dan Go Mi Nam / Go Mi Nyu. Sikap Hwang Tae Kyung yang 'kasar' dan tak endahkan perasaan Go Mi Nam / Go Mi Nyu menyebabkan Go Mi Nam keluar dari kumpulan tu selepas Go Mi Nam yang sebenar pulang ke Korea.
Shuke...Shuke...Best sgt...cute n funny!

Friday, 29 June 2012

KDrama...All about Eve my 1st Korean Drama

Sejak bila aku minat KDrama aku pun tak sedar, tapi my 1st  Love with KDrama citer All About Eve.Aku suka Hero dia yang control macho, n Heroin dia yang cute!

Sikit Sinopsis
Young Mi kene tinggal dgn ibunya sejak usia masih kecil, perjalanan hidup dimasa kecilnya begitu sedih. Dia kemudian diasuh oleh ayah kandung Sun Mi. Young Mi merasa iri hati dgn kebahagiaan Sun Mi, sanggup merebut lelaki yang disukai Sun Mi sejak kecil, Woo Jin.(bengong laki ni!)

Bawa hati yg lara Sun Mi meninggalkan Korea untuk study kejap kat Amerika,pas tu dia berkenalan dengan seorang  laki macho bernama Hyong Chul. Sbb kebaikan hati dan wajah Sun Mi yang cute, Hyong Chul pun jatuh hati dan mereka banyak habiskan masa bersama.(tapi tak declare cinta pun)biasala name pun citer!

Setelah kembali ke Korea, Sun Mi dan Young Mi bekerja di stesen tv milik ayah Hyong Chul. Sebagai orang yang tidak menyukai kebahagiaan Sun Mi, sure la Young Mi tak akan biarkan Sun Mi berhubungan dengan Hyong Chul-kaya & hansome lak tu!. Kisah ni berakhir dengan Happy Ending @!!!!Yeah!   
Jang Dong Gun - Heronye!
Chae Rim-Heroinnyer!,
Han Jae Suk-Ntah aper-aper dia ni!
Kim So Yeon-Musuhnyer!


Hero yg macho!
Si heroin yg cute!













suke-suke!nanti citer lagi yer...


Hi! Gurl i'm back!

Sorry gurls...extremely bussy  3 bulan lepas...tapi still layan sms..,call & status.But kat blog mmg tak de updated langsung! Hari ni jumpa Kak Sherry ,walau pun bawak baby but Hot Babe!

Berita baik Acai Berry da ada dalam bentuk capsul, ini banyak permintaan-nanti akak post info & price yer!

Tak de kawan nak diet akak tembam sikit, may be sebab stress keje kat Office, makan jer!3 bulan tak diet akak da 54 kg!hahahahaha!!!!Tengok kat lengan kelakar kan? Nanti akak updated gambar terbaru lepas akak diet amik collagen, vitamin C , Acai Berry & Makan bayak sayur dan buah!....Jom diet sama-sama!