Wednesday, 21 March 2012

Petua Solek!Jom belajar sama2

TAK CUKUP MASA?
Pedap bedak pada bawah mata ,dahi ,hidung dan dagu.Sapukan pemerah pipi guna berus leper calit lipgloss.Nampak polished dalam 2 minit..Gorges!

KULIT MULUS
Semburan menghidrat air mawar berkesan sebagai antiseptik untuk kulit.Bersihkan kulit sebelum tu tau!Sure segar muka kamu...

KURANG MASALAH KULIT
Tolonglah kurangkan menyentuh muka,basuh tangan selalu.Semakin kita kacau kulit kita..makin bertambah jerawat.Tangan kita ada kuman la babe!

PELIK??TAPI BERKESAN TAU
Lakukan facial guna puteh telur seminggu sekali,Ia membersihkan pori dan cerahkan wajah...Best!

Cuba yer!Gud Luck!

Promosi Collagen Dust!


Promosi  dari Dunia Kami  khas buat gurls yang menginginkan kulit yang nampak glow, halus ,awet muda dan cute selalu.


COLLAGEN DUST RM90.00 (150 GRAMS)

(Termasuk Postage...for 2nd Order RM87 jer!)
Cepat stock tak banyak!

RAHSIA DARI LAUTAN
Dalam Tahun 1996 saintis dari Perancis , Professor Beffarr mendapati bahawa ikan laut dalam yg hidup dikedalaman lebih 2,000 meter Eropah Utara Laut,masih boleh hidup dgn tekanan air yang tinggi dan kuat.Ikan laut dalam masih cantik dan dalam keadaan baik disebabkan oleh sisiknya yang kaya dengan bahan yang dipanggil Kolagen.Kajian demi kajian dilaksanakan dan terciptalah Marin Kolagen..Mudah-mudahan apabila usia 40 tahun kita masih mampu mempunyai kulit yang berusia 20 tahun.


KESAN UTAMA
Pemulihan Kulit:
Kegunaan lisan sesuai untuk kedutan di antara kening,hidung,bibir, parut jerawat dan pori-pori terbuka.
Rambut dan kuku yg sihat:
Kekurangan kolagen boleh menyebabkan dehidrasi,pecahnya rambut dan kuku rapuh.
Lekuk Tubuh:
Payudara,punggung banyak bergantung kepada sokongan kolagen.Ia melaksanakan lekuk tubuh yang padat.
Tulang :
Kolagen dikenali sebagai tulang rangka.Ianya mencegah osteoporosis kurangkan kesakitan otot.
Pengurusan Berat:
Mengurangkan ukuran lilit badan dan kesan selulit.

Tindak Balas dapat dilihat :
14-30 hari : Kulit kering menjadi licin dan lembab
30-60 hari: Meringankan garis halus dan kedutan,liang roma mengecil,menegangkan dan kulit makin licin.
60-90 hari : Tempat gelap (pigmen) berkurangan ,kulit menjadi berkilat,kulit kelihatan cerah sekata.


Cara Pengambilan
Ambil 1 scoop sebelum tidur setiap hari.Jangan makan 2 jam sebelum mengambil minuman Kolagen.Kesan lebih baik dengan perut kosong.(Terbaik Detox dan diet buah sebelum mengamalkan Kolagen ini)

HALAL
Kolagen marin disahkan Halal.Proses pembuatannya mematuhi undang-undang dan peraturan Halal.

**Pengambilan 1/2 scoop sehari-suppliment untuk 2 Bulan

SMS akak kalau masih kurang jelas yer....

Monday, 19 March 2012

Biarla dia macam tu! Asal jadi contoh untuk abangnya!

Hari ni Adik Aisy Atif demam lagi...nangis bila tunggu dad dia,adik keluar awal dad amik lambat sikit! adik memang kerap demam .Kalau terlalu panas kadang2 sampai sawan...semua ni bermula ketika dia demam panas umur 2 tahun.Sampai sekarang dia kerap demam.Sedih bila dia amik darah kat Spital,badan dia kecik ..tak mampu dia nak tahan semua ni!Tapi aku tahu adik tabah.
 Walau demam dia bawak aku kertas ujian dia...nak aku tengok , dia anak yang bijak walau nakal!



Adik tak boleh berjalan di tempat tidak rata...dia akan merangkak sebab tak boleh imbang badan.Dalam satu hari mesti sekali atau 2 kali dia jatuh...sebab tu baju sekolah dia macam orang keluar sawah.Pernah sekali kat Spital Kuala Pilah ...aku leka melayan karenah Qaseh aku terlupa nak jaga dia..dari jauh aku nampak dia merangkak turun tangga...bila aku tanya dia kata mata dia tak nampak dan dia rasa nak jatuh! Meleleh air mata aku tanpa henti.Achik2 keliling pun berlari tolong dia,...Sian ngan Adik!Bila orang da tolong dia cakap kuat2.."Tima kasih yer..tolong adik"aku tak pernah ajar tapi dia memang anak yang baik.



Aku dapat tahu adik rabun masa dia masuk darjah 1, 2 minggu sekolah...masa check up terperanjat sangat power matanya 500-right 800-left. Aku terduduk,sebab aku selalu marah dia terpijak makanan Qaseh...aku ingat dia cemburu sbb tu  sengaja sepak mangkuk Dora Qaseh tu!Menyesal Tuhan saja yang
tahu...

Bila check up 6 bulan lepas tu power mata adik makin naik , sekarang pun tanpa cermin mata dia tak boleh nampak.Sian dia bila mandi kat swimming pool mama depan mata pun dia tak perasan,tapi aku suka dengan cara take it easy dia...relax jer...tak rasa dia ada kekurangan.Salute!

Aku tak pernah kisah berapa belanja untuk dia sembuh...tapi kesian sangat dengan dia tak pernah dalam 2 minggu dia tak demam terutama masa waktu sekolah,antibodi dia lemah.Kadang2 bila malam aku nangis tengok si kurus ni...badan dia beza sekilo jer dengan Qaseh...umur mereka berbeza 6 tahun lebih.

Satu yang aku kagum...walaupun dalam setahun dia pergi Sekolah hanya 90-100 hari, bila keputusan peperiksaan keluar dia selalu buat aku tersenyum.Tidak pernah melebihi nombor 2.Alhamdullilah!Cikgu pernah call dan tanya aku ,macammana adik belajar...aku memang puji sikap adik, dia tahu waktu main dan belajar.Allah simpan sedikit kesihatannya,tapi Allah bagi banyak keistimewaan padanya.Aku benar2 bersyukur.


Aku sayu bila dia yang menjadi imam kepada abangnya, ajar abang mengambil air sembahyang,dan bila dia nangis jika abang atau Qaseh kene marah dengan aku atau dadnya...suci betul hati adik, dia tetap anak lelaki yang nakal,buat aku marah,kuat menyepah,buat aku rasa nak pukul dia .tapi tak pe la biar lah dia!Aku tak kisah asal dia jangan bahayakan diri aku cuba kawal kemarahan aku.


Tension...bila orang tua2 selalu cakap adik ni bukan senang nak jaga...tapi kalau da besar jadi anak yang berjaya.Bukan sorang ...ramai yang cakap macam tu. Semua kaum orang tua2 kat melaka, ikea, the curve, apek office aku, ane tepi kedai.....Adik sebenarnya ada 4 pusar di kepala...1 depan, 3 tengah2  dan satu belakang badan. hehehehe..



Adik ni pelik...dia selalu duga aku dengan perkara yang tak aku sangka. Aku tak pandai catur...dia pandai. Sifir dari 1-12 dia boleh lancar, dia boleh fikir lebih dari aku fikir.Dia baik hati ...buat aku terharu. Dia tahu dia yang paling banyak pakai duit...pernah sekali dia mintak maaf dengan aku sebab dia cakap dia da habiskan semua duit dalam purse aku, sebab aku mengeluh bila bawa dia pergi klinik...tak sengaja..Aku terlalu penat,tak bermaksud pun macam tu.Nyawa aku pun,aku bagi padanya, inikan pula duit ringgit yang boleh kucari. Besar kekuasaan Ilahi...aku menjadi mama pada usia muda, aku lalai sebentar menjaga suhu badan adik ketika demam...akibatnya apa yang adik tanggung sekarang.Aku terima dugaan ini. Cuma satu aku Doakan dan minta kalian juga mendoakan panjangkanlah usia anakku.Bekatilah hidupnya.Aku tidak puas melihat kenakalannya.Biarlah dia nakal....biarlah dia rabun...biarlah dia selalu sakit...tapi dia contoh yang baik untuk adik beradiknya!

Jadikan story ni sebagai pengajaran..demam panas !takut sangat....Aku sayang mereka....


Thursday, 8 March 2012

Aku Manusia Biasa!

Boleh tak jangan hipokrit!
Orang dulu2 kalau di tanya anak mana yang paling disayang...terus jawap..."Semua sama jer...sama rata!"
boleh tak kita keluar dari kepompong tu jap.Aku tak kata uwan, emak aku salah..aku tahu dia jaga hati kami.Tapi jawapan dan tindakan mereka tak selari,kami tahu siapa yang mereka sayang!
Bila aku duduk sorang2 aku terfikir...
Adakah aku adil? Adakah kasih sayang ku sama rata?

Satu hari aku panggil anak sulungku..Ashkal Afif 13 tahun.
Tanya dia "Abang rasa siapa yang paling mama sayang?"
Dia jawap " Abang lah!"
Tanya dia lagi " Kenapa abang rasa cam tu?"
Dia jawap "Sebab mama selalu bagi abang makan lebih!"
Aku senyum...mama bagi kamu makan lebih, sebab kamu kuat makan, mama tak mahu
kamu lapar!



Aku panggil anak keduaku..Aisy Atif  9 tahun.
Tanya dia "Adik rasa siapa yang paling mama sayang?"
Dia jawap " Adik lah!"
Tanya dia lagi " Kenapa adik rasa cam tu?"
Dia jawap "Sebab mama selalu bagi adik tidur dalam bilik mama!"
Aku senyum...mama bagi kamu tidur dalam bilik mama sebab kamu selalu demam,
senang mama bangun jaga kamu malam-malam.



Aku panggil anak gadis bongsuku..Qaseh Adriana Auni 2 tahun 7 bulan.
Tanya dia "Qaseh ,mama sayang sape?"
Dia jawap " Achech la...sayang!"
Tanya dia lagi " Kenapa lak?"
Dia jawap "Dukung Achech la,susu Achech la, beli baju Dora la!"
Aku senyum...mama selalu dukung,dan beli baju Dora  kamu ...sebab kamu anak perempuan pertama mama, anak yang mama pohon pada Allah setiap hari kelahirannya.Mama bersyukur Allah mendengar doa mama.Dan yang penting kamu masih bayi!.

Perlukah kasih sayang bersebab?Aku manusia biasa kadang2 tindakanku tanpa sedar,cukuplah aku tahu anak2 merasai kasih sayang yang aku beri.Hidupku berkisar tentang mereka,aku sangat menyayangi mereka.Tanpa syarat...tapi aku tetapkan garis kasih sayangku!
Hati aku hanya aku yang tahu, kini aku lebih berhati-hati dengan tindakanku, kasih sayang tidak boleh dibezakan.
Takut masa berubah aku juga kan berubah.

Uwan, Emak...sekarang bila aku menjadi mama aku paham....kalian tidak dapat  meluahkan tetapi ada satu yang benar2 kalian sayang....seperti diriku, biarlah disimpan ketat menjadi Rahsia....kerana anak2ku adalah setiap rangkai nyawaku...bersambung,sekiranya terputus..terputusla jiwa ku!



Aku manusia biasa...mungkin pemikiranku sedikit pelik,tapi aku tidak mahu berpura-pura penat la!Mungkin ramai yang akan terguris,tetapi aku ikhlas dengan apa yang aku lakukan.Terpulang mereka untuk menilai,aku cuba menjadi si manis dimata keluargaku .Doakan kalian bahagia dengan keluarga kalian juga!

Sarang haeyo!










Monday, 5 March 2012

Cam ada perubahan,ke perasaan aku jer ni?Ntah la!

Tak tau la...kengkadang bila akak dengar feedback.."Ko mmg da puteh kak, bukan pasal Collagen n Acai ko tu!" ...akak terpikir sendiri tul ke arrr???Kang orang ingat akak sajer jer nak jual barang!Tak seberapa pun untung nyer dik oiiii...akak nak share jer, dulu akak kedekut ilmu sikit..(sedar pun),bila da "muda" ni, rasa x yah la nak wat perangai leher tembuk tu...Sharing is Caring!

Akak pun harap bila korang ada ilmu bagus ,share lak ngan akak.huhhuuhuhu..

Akak gi korek Album lama2 dapat carik gambar akak tengah muda2 dulu..Korang nilai la....

Ni masa baru anak satu, kalau kene tiup angin pun melayang!!Tapi x kisah la masa tu Ashkal Afif my handsome boy kuat nangis berdukung jer...tu la hilang semua lemak!


Sebenarnya badan akak start naik lepas bersalin anak ke2-My Rabun Boy-Aisy Atif .yer la lahir pun dekat 4 kilo,masa tu cam tak leh terima kenyataan jer,sebab akak mmg tak de masalah berat badan dari kecik! Tak caya beb boleh "ternak" selulit n lemak banyak cam tu!hehehehe





Besar tul akak masa tu!hehehe...Cepat penat!Cepat sakit tumit,Cepat marah...cepat kecik ati!

Da kurus sikit tapi kulit kusam la!


kulit tak sekata...

da cute miut akak mengandung...





But i'm happy!Aisy da dekat 7 tahun masa tu...Qaseh pun lahir!...
Gambar ni masa umur Qaseh 4 bulan, Kak Sherry pun timbam timbum...hohohoho





Setahun diet badan akak turun 50 kg..tapi suka solek kopuh!hehehehe...sebab kulit gelap la lepas bersalinkan Qaseh!



 Tadaaaa...my make up tak leh tahan akakkkkkk.....


  La shian tul...puteh melopak!hahaha kelakar!



Pas tu akak mula kenal Collagen ngan Acai berry...dan...banyak sgt beza akak rasa.Sekarang g office calit  uv protector ...celak (wajib akak lahir xde bulu kening), eye liner! da...i'm ready to work.

Gambar kat bawah ni..kulit akak yang makin sekata...badan pun, tanpa secalit make up pun ! Jangan la kata akak nak niaga jer...niat akak nak share ilmu.Kalau korang yakin korang amik..kalau tak... akak tak kisah pun,!Tapi jgn la nak kata akak kedekut Ilmu tau!Hehehe!

Ngengado eeee....




Akak mama pada 3 orang anak..umur pun dah banyak , anak pertama akak da Sekolah Menengah,tapi bagi akak...kecantikan perlu gak jaga.Bukan bila da ada masalah baru nak cari ubat! Hati mesti bersihkan selalu, buang hasad dengki kat orang lain...cemburu ngan org yg lebih dari kita?patut ke? sepatutnya kita amik ilmu dia.Itu yg akak buat...kehidupan akak tak mudah tapi sangat seronok!Akak Share korang nilai!

Adios gurls!


Lovin' Ice Cream with lyrics - Lie to me OST




I really like this song...
Sarang Hae..

Thursday, 1 March 2012

Petua -Health Cures-Sama-sama belajar!

Petua gilez tapi bijak!Cosmo Health Report

Kamu rasa gigi kamu kotor tapi tak bawa berus gigi!huhuhu

Buah atau sayur rangup seperti epal @ carrot boleh membantu bersihkan plak & cebisan makanan yang melekat celah gigi.heheheh...ni akak selalu wat!jadik!

Kamu terluka ketika bercukur

Cuba ni..menjadik gak-Tutup luka dengan bedak bayi @powder bronzer pun boleh-untuk pembentukan darah beku.

Selepas buat rawatan bikini wax ,bikini line jadi merah(ehem..ehem...)

Cubala..letak ais pada kawasan ehem..ehem selama beberapa minit.Kulit tetap kekal merah sbb ais tu,tapi akan hilang lepas suhu kembali kepada normal.Cun!


Nak pakai sandal tapi ada ketuat...
Sapukan minyak zaitun (akak guna Safi,ok gak)kemudian balut ngan bandage.Ketuat akan jadi kurang nampak dalam beberapa jam.Ok la tu!

Kasut tumit tinggi gigit kaki kamu..Oh! tidak..sbb tu akak tak de kasut tinggi-tak pandai pakai sebetulnye!
Lalukan ais disepanjang tapak kaki dan tumit kamu selama bbrapa minit. Rasa sakit ini dsbbkan bengkak bergesel ngan kasut.Ais bantu kurang bengkak.

Tu jer akak share ari ni...nanti kita sambung lagi!
행운을 빌어요 (haeng un eul bil eo yo)..Good Luck

Bukan kedekut la..aku jimat!


Huhuhuhu...aku ni mmg terkenal kat office pen"jimat" orangnyer.Kan nyer kedekut la, aku tak sanggup nak kerja utk makan(Tak ke sepatutnya makan untuk ber"kerja") Antara sbb nyer aku cepat ngantuk lepas lunch.,bagi aku kalau smpai RM4 hinggit tuk breakfast,RM8 tuk lunch ,tu lum campur teabreak lg mak aii RM15++sehari makan yo,lum campur cekedis super ring la,air red bull la,roti masa lapar kul 1030am...hish!lopeh tu bising badan naik kat telinga aku..lempang nak?hihihihi

Aku suka makan kat umah la...perut ni sensitif, salah makan sikit nanti mulala kene cirit birit.Alasan......
Selalu time lunch, aku lepak baca Novel or tido zzzz,pernah sekali tu masuk lunch mata aku merah giler...nangis sbb layanz Novel "Andai itu Takdirnya"...ilang mood lepas lunch tu,Sedih tul la!.Ada sorang minah kat Office tu gelakkan aku,kata "Over la kau ni nie!"goram den...aku katam jer baca ,aku bagi dia pinjam...lagi tenat pempuan ni teresak-esak..3 kali round.Aku da bagi amaran bukan salah aku.Yang paling tenatnya 2 ari ilang mood, menghayati watak la tu...hahahhaha!pengajarannya sebelum kita rasa,alami,dudukkat tempat orang tu...jgn judge people!

Ini la Novel yg buat aku nangis cam nak giler...jemput la beli n baca..


Perangai aku yg jimat ni pun terbawa2 ke rumah..aku suka chantik tapi nak murah.Mano nak dapek cik Kak oiii..Boleh la! DIY

Aku wat sendiri pinggan gantung ni.

Yang bawah tu aku beli la, yang atas dua tu..DIY jer!Jelita gak kat mata aku.

Ni pun same...pintu masuk dapur aku.Shuke..shuke..



Yg atas tu pun DIY, yg bawah tu Kak Ija hadiahkan masa aku masuk umah.
Shuke sangat Country English but mahal oii,dapat bau-bau bacang..jadila!, caranyer aku beli sikit2 n yg leh wat sdiri aku wat jer...asal cun kat mata aku n anak aku tak rasa susah nak berlari,main nyuruk2,main teng2 dalam umah sendiri,aku layanz jer!Bagi aku...nak hias umah boleh, tapi kalau da kene sebat anak pas pecahkan barang Kristal omak eee yg beratus hinggit, melampau tu...Eh! bukan aku la..Lantak la ko anak2 oii,asal kepalo ko tak pecah ngan tangan ko tak seliuh...Main la!Cam taska umah aku ni bising ...

Korang layanz la umah chomel ,penit,cute aku yg aku rasa cam best jer ni..Loyo korang tahan !

Kat meja makan aku, ada sepasang...satu aku pinjam kat Studio aku..Me n Friend PreLoved.




Lavender tu beli kat Cameron RM25 jer, boleh tahan setahun..cute giler...





Emak bagi..lari tajuk sikit,tapi mak rock la!wat bunga crystal ni sendiri kalau korang nak tempah RM80, tudung saji anyam pun dio buek.Semua boleh pilih color.Mak aku terbaik kat pasaran...nanti aku citer lain kali hal emak Tembam aku ni, dia ppuan serba lengkap..Memasak,buat kueh,buat kek,muffin(amik class lagi,mengajar & belajar),menjahit,tanam bunga,gubahan, hiasan taman..serba serbi la, famous lak tu selalu monang bilo masuk bertanding.,tapi anak2 tak ikut!Aku la tu!


RM2 jer satu sapo nak bagi...tapi kite suke!


RM1.50 ni lagi den suko...murah!

Ni aku beli masa offer RM30 hinggit 2...I Like...Country sgt la tu!

Tu jer la...bagi aku,aku suke chantek tapi aku nak murah...jadi pepandai la korang,beli masa sale ,DIY...recycle,match n mix...asal ukur baju kat badan sendiri!Aku suka nak mewah cam orang lain tapi aku ni biasa-biasa jer.Aku mendengar,aku belajar,aku membaca..dan aku ceduk yang aku rasa baik untuk kehidupanku.Aku cuba dan cuba menjadi yg terbaik untuk orang di sekeliling ku.Aura positif tuk awet muda!

Adios guys...Sharing is Caring!