Saturday, 30 June 2012

K-Drama -Sweet,Funny,Romantic,Sad.... He's Beautiful !

K-Drama citer ni sweet sgt!!!He's Beautiful !
Rasanyer lebih 4 kali aku tengok citer ni tanpa jemu...setanding
 Boys Over Flower..nanti kite citer yer!



  Go Mi Nyu yang sedang menjalani latihan untuk menjadi sister di gereja didatangi oleh Pengurus Go Mi Nam (kembarnya)yang merayu untuk gantikan tempat abangnya di dalam kumpulan A.N.JELL (sebutannya ANGEL). Go Mi Nam  mengalami kemalangan sehingga kene bedah segera di luar negara. Pada mulanya, Go Mi Nyu menolak permintaan Pengurus Go Mi Nam tetapi kemudiannya bersetuju apabila memikirkan ini adalah salah satu cara untuk dia carik emak dia semula yang dah terpisah lama.
Berpakaian lelaki dia menyamar sebagai Go Mi Nam, sian ngan dia terpaksa melalui kehidupan dengan kumpulan A.N.JELL yang terdiri daripada Hwang Tae Kyung (watak ni dilakonkan oleh Jang Geun Suk, Kang Shin Woo dan Jeremy. Pada mulanya, Hwang Tae Kyung tidak suka dengan kehadiran Go Mi Nam / Go Mi Nyu kerana menganggap Go Mi Nam / Go Mi Nyu menyusahkan dirinya. Berlainan dengan Kang Shin Woo yang menerima baik kehadiran Go Mi Nam / Go Mi Nyu, begitu juga dengan Jeremy.
Keadaan bertambah sukar bila Hwang Tae Kyung mengetahui rahsia penyamaran Go Mi Nam / Go Mi Nyu dan menggugut untuk mendedahkannya. Kemudian, munculnya Yoo He Yi, seorang pelakon 'jahat' yang turut mengesyaki Go Mi Nam ialah seorang perempuan. Salah seorang anggota A.N.JELL iaitu Kang Shin Woo juga telah menyedari dari awal lagi bahawa Go Mi Nam adalah seorang perempuan tetapi mengambil langkah untuk menyimpan perasaan beliau.
Memandangkan cuma Hwang Tae Kyung sahaja yang mengetahui identiti sebenar Go Mi Nam, Go Mi Nam lebih selesa menceritakan pelbagai perkara dan menghabiskan masa dengan Hwang Tae Kyung. Walaupun hakikat sebenar Hwang Tae Kyung ni jenis garang dan tak suka dengan perempuan. Gangguan daripada Yoo He Yi, menyebabkan Hwang Tae Kyung selalu melindungi Go Mi Nam. Tujuannya hanyalah untuk menjaga nama baik A.N.JELL dan album yang akan dikeluarkan nanti. Tetapi lama kelamaan mereka menjadi rapat. Dalam pada rapat tu, Hwang Tae Kyung tetap keras hati tak nak mengaku yang dia sebenarnya sukakan Go Mi Nam / Go Mi Nyu. Konflik demi konflik berlaku dalam hidup Hwang Tae Kyung dan Go Mi Nam / Go Mi Nyu. Sikap Hwang Tae Kyung yang 'kasar' dan tak endahkan perasaan Go Mi Nam / Go Mi Nyu menyebabkan Go Mi Nam keluar dari kumpulan tu selepas Go Mi Nam yang sebenar pulang ke Korea.
Shuke...Shuke...Best sgt...cute n funny!

Friday, 29 June 2012

KDrama...All about Eve my 1st Korean Drama

Sejak bila aku minat KDrama aku pun tak sedar, tapi my 1st  Love with KDrama citer All About Eve.Aku suka Hero dia yang control macho, n Heroin dia yang cute!

Sikit Sinopsis
Young Mi kene tinggal dgn ibunya sejak usia masih kecil, perjalanan hidup dimasa kecilnya begitu sedih. Dia kemudian diasuh oleh ayah kandung Sun Mi. Young Mi merasa iri hati dgn kebahagiaan Sun Mi, sanggup merebut lelaki yang disukai Sun Mi sejak kecil, Woo Jin.(bengong laki ni!)

Bawa hati yg lara Sun Mi meninggalkan Korea untuk study kejap kat Amerika,pas tu dia berkenalan dengan seorang  laki macho bernama Hyong Chul. Sbb kebaikan hati dan wajah Sun Mi yang cute, Hyong Chul pun jatuh hati dan mereka banyak habiskan masa bersama.(tapi tak declare cinta pun)biasala name pun citer!

Setelah kembali ke Korea, Sun Mi dan Young Mi bekerja di stesen tv milik ayah Hyong Chul. Sebagai orang yang tidak menyukai kebahagiaan Sun Mi, sure la Young Mi tak akan biarkan Sun Mi berhubungan dengan Hyong Chul-kaya & hansome lak tu!. Kisah ni berakhir dengan Happy Ending @!!!!Yeah!   
Jang Dong Gun - Heronye!
Chae Rim-Heroinnyer!,
Han Jae Suk-Ntah aper-aper dia ni!
Kim So Yeon-Musuhnyer!


Hero yg macho!
Si heroin yg cute!













suke-suke!nanti citer lagi yer...


Hi! Gurl i'm back!

Sorry gurls...extremely bussy  3 bulan lepas...tapi still layan sms..,call & status.But kat blog mmg tak de updated langsung! Hari ni jumpa Kak Sherry ,walau pun bawak baby but Hot Babe!

Berita baik Acai Berry da ada dalam bentuk capsul, ini banyak permintaan-nanti akak post info & price yer!

Tak de kawan nak diet akak tembam sikit, may be sebab stress keje kat Office, makan jer!3 bulan tak diet akak da 54 kg!hahahahaha!!!!Tengok kat lengan kelakar kan? Nanti akak updated gambar terbaru lepas akak diet amik collagen, vitamin C , Acai Berry & Makan bayak sayur dan buah!....Jom diet sama-sama!





Wednesday, 21 March 2012

Petua Solek!Jom belajar sama2

TAK CUKUP MASA?
Pedap bedak pada bawah mata ,dahi ,hidung dan dagu.Sapukan pemerah pipi guna berus leper calit lipgloss.Nampak polished dalam 2 minit..Gorges!

KULIT MULUS
Semburan menghidrat air mawar berkesan sebagai antiseptik untuk kulit.Bersihkan kulit sebelum tu tau!Sure segar muka kamu...

KURANG MASALAH KULIT
Tolonglah kurangkan menyentuh muka,basuh tangan selalu.Semakin kita kacau kulit kita..makin bertambah jerawat.Tangan kita ada kuman la babe!

PELIK??TAPI BERKESAN TAU
Lakukan facial guna puteh telur seminggu sekali,Ia membersihkan pori dan cerahkan wajah...Best!

Cuba yer!Gud Luck!

Promosi Collagen Dust!


Promosi  dari Dunia Kami  khas buat gurls yang menginginkan kulit yang nampak glow, halus ,awet muda dan cute selalu.


COLLAGEN DUST RM90.00 (150 GRAMS)

(Termasuk Postage...for 2nd Order RM87 jer!)
Cepat stock tak banyak!

RAHSIA DARI LAUTAN
Dalam Tahun 1996 saintis dari Perancis , Professor Beffarr mendapati bahawa ikan laut dalam yg hidup dikedalaman lebih 2,000 meter Eropah Utara Laut,masih boleh hidup dgn tekanan air yang tinggi dan kuat.Ikan laut dalam masih cantik dan dalam keadaan baik disebabkan oleh sisiknya yang kaya dengan bahan yang dipanggil Kolagen.Kajian demi kajian dilaksanakan dan terciptalah Marin Kolagen..Mudah-mudahan apabila usia 40 tahun kita masih mampu mempunyai kulit yang berusia 20 tahun.


KESAN UTAMA
Pemulihan Kulit:
Kegunaan lisan sesuai untuk kedutan di antara kening,hidung,bibir, parut jerawat dan pori-pori terbuka.
Rambut dan kuku yg sihat:
Kekurangan kolagen boleh menyebabkan dehidrasi,pecahnya rambut dan kuku rapuh.
Lekuk Tubuh:
Payudara,punggung banyak bergantung kepada sokongan kolagen.Ia melaksanakan lekuk tubuh yang padat.
Tulang :
Kolagen dikenali sebagai tulang rangka.Ianya mencegah osteoporosis kurangkan kesakitan otot.
Pengurusan Berat:
Mengurangkan ukuran lilit badan dan kesan selulit.

Tindak Balas dapat dilihat :
14-30 hari : Kulit kering menjadi licin dan lembab
30-60 hari: Meringankan garis halus dan kedutan,liang roma mengecil,menegangkan dan kulit makin licin.
60-90 hari : Tempat gelap (pigmen) berkurangan ,kulit menjadi berkilat,kulit kelihatan cerah sekata.


Cara Pengambilan
Ambil 1 scoop sebelum tidur setiap hari.Jangan makan 2 jam sebelum mengambil minuman Kolagen.Kesan lebih baik dengan perut kosong.(Terbaik Detox dan diet buah sebelum mengamalkan Kolagen ini)

HALAL
Kolagen marin disahkan Halal.Proses pembuatannya mematuhi undang-undang dan peraturan Halal.

**Pengambilan 1/2 scoop sehari-suppliment untuk 2 Bulan

SMS akak kalau masih kurang jelas yer....

Monday, 19 March 2012

Biarla dia macam tu! Asal jadi contoh untuk abangnya!

Hari ni Adik Aisy Atif demam lagi...nangis bila tunggu dad dia,adik keluar awal dad amik lambat sikit! adik memang kerap demam .Kalau terlalu panas kadang2 sampai sawan...semua ni bermula ketika dia demam panas umur 2 tahun.Sampai sekarang dia kerap demam.Sedih bila dia amik darah kat Spital,badan dia kecik ..tak mampu dia nak tahan semua ni!Tapi aku tahu adik tabah.
 Walau demam dia bawak aku kertas ujian dia...nak aku tengok , dia anak yang bijak walau nakal!



Adik tak boleh berjalan di tempat tidak rata...dia akan merangkak sebab tak boleh imbang badan.Dalam satu hari mesti sekali atau 2 kali dia jatuh...sebab tu baju sekolah dia macam orang keluar sawah.Pernah sekali kat Spital Kuala Pilah ...aku leka melayan karenah Qaseh aku terlupa nak jaga dia..dari jauh aku nampak dia merangkak turun tangga...bila aku tanya dia kata mata dia tak nampak dan dia rasa nak jatuh! Meleleh air mata aku tanpa henti.Achik2 keliling pun berlari tolong dia,...Sian ngan Adik!Bila orang da tolong dia cakap kuat2.."Tima kasih yer..tolong adik"aku tak pernah ajar tapi dia memang anak yang baik.



Aku dapat tahu adik rabun masa dia masuk darjah 1, 2 minggu sekolah...masa check up terperanjat sangat power matanya 500-right 800-left. Aku terduduk,sebab aku selalu marah dia terpijak makanan Qaseh...aku ingat dia cemburu sbb tu  sengaja sepak mangkuk Dora Qaseh tu!Menyesal Tuhan saja yang
tahu...

Bila check up 6 bulan lepas tu power mata adik makin naik , sekarang pun tanpa cermin mata dia tak boleh nampak.Sian dia bila mandi kat swimming pool mama depan mata pun dia tak perasan,tapi aku suka dengan cara take it easy dia...relax jer...tak rasa dia ada kekurangan.Salute!

Aku tak pernah kisah berapa belanja untuk dia sembuh...tapi kesian sangat dengan dia tak pernah dalam 2 minggu dia tak demam terutama masa waktu sekolah,antibodi dia lemah.Kadang2 bila malam aku nangis tengok si kurus ni...badan dia beza sekilo jer dengan Qaseh...umur mereka berbeza 6 tahun lebih.

Satu yang aku kagum...walaupun dalam setahun dia pergi Sekolah hanya 90-100 hari, bila keputusan peperiksaan keluar dia selalu buat aku tersenyum.Tidak pernah melebihi nombor 2.Alhamdullilah!Cikgu pernah call dan tanya aku ,macammana adik belajar...aku memang puji sikap adik, dia tahu waktu main dan belajar.Allah simpan sedikit kesihatannya,tapi Allah bagi banyak keistimewaan padanya.Aku benar2 bersyukur.


Aku sayu bila dia yang menjadi imam kepada abangnya, ajar abang mengambil air sembahyang,dan bila dia nangis jika abang atau Qaseh kene marah dengan aku atau dadnya...suci betul hati adik, dia tetap anak lelaki yang nakal,buat aku marah,kuat menyepah,buat aku rasa nak pukul dia .tapi tak pe la biar lah dia!Aku tak kisah asal dia jangan bahayakan diri aku cuba kawal kemarahan aku.


Tension...bila orang tua2 selalu cakap adik ni bukan senang nak jaga...tapi kalau da besar jadi anak yang berjaya.Bukan sorang ...ramai yang cakap macam tu. Semua kaum orang tua2 kat melaka, ikea, the curve, apek office aku, ane tepi kedai.....Adik sebenarnya ada 4 pusar di kepala...1 depan, 3 tengah2  dan satu belakang badan. hehehehe..



Adik ni pelik...dia selalu duga aku dengan perkara yang tak aku sangka. Aku tak pandai catur...dia pandai. Sifir dari 1-12 dia boleh lancar, dia boleh fikir lebih dari aku fikir.Dia baik hati ...buat aku terharu. Dia tahu dia yang paling banyak pakai duit...pernah sekali dia mintak maaf dengan aku sebab dia cakap dia da habiskan semua duit dalam purse aku, sebab aku mengeluh bila bawa dia pergi klinik...tak sengaja..Aku terlalu penat,tak bermaksud pun macam tu.Nyawa aku pun,aku bagi padanya, inikan pula duit ringgit yang boleh kucari. Besar kekuasaan Ilahi...aku menjadi mama pada usia muda, aku lalai sebentar menjaga suhu badan adik ketika demam...akibatnya apa yang adik tanggung sekarang.Aku terima dugaan ini. Cuma satu aku Doakan dan minta kalian juga mendoakan panjangkanlah usia anakku.Bekatilah hidupnya.Aku tidak puas melihat kenakalannya.Biarlah dia nakal....biarlah dia rabun...biarlah dia selalu sakit...tapi dia contoh yang baik untuk adik beradiknya!

Jadikan story ni sebagai pengajaran..demam panas !takut sangat....Aku sayang mereka....