Thursday, 8 March 2012

Aku Manusia Biasa!

Boleh tak jangan hipokrit!
Orang dulu2 kalau di tanya anak mana yang paling disayang...terus jawap..."Semua sama jer...sama rata!"
boleh tak kita keluar dari kepompong tu jap.Aku tak kata uwan, emak aku salah..aku tahu dia jaga hati kami.Tapi jawapan dan tindakan mereka tak selari,kami tahu siapa yang mereka sayang!
Bila aku duduk sorang2 aku terfikir...
Adakah aku adil? Adakah kasih sayang ku sama rata?

Satu hari aku panggil anak sulungku..Ashkal Afif 13 tahun.
Tanya dia "Abang rasa siapa yang paling mama sayang?"
Dia jawap " Abang lah!"
Tanya dia lagi " Kenapa abang rasa cam tu?"
Dia jawap "Sebab mama selalu bagi abang makan lebih!"
Aku senyum...mama bagi kamu makan lebih, sebab kamu kuat makan, mama tak mahu
kamu lapar!



Aku panggil anak keduaku..Aisy Atif  9 tahun.
Tanya dia "Adik rasa siapa yang paling mama sayang?"
Dia jawap " Adik lah!"
Tanya dia lagi " Kenapa adik rasa cam tu?"
Dia jawap "Sebab mama selalu bagi adik tidur dalam bilik mama!"
Aku senyum...mama bagi kamu tidur dalam bilik mama sebab kamu selalu demam,
senang mama bangun jaga kamu malam-malam.



Aku panggil anak gadis bongsuku..Qaseh Adriana Auni 2 tahun 7 bulan.
Tanya dia "Qaseh ,mama sayang sape?"
Dia jawap " Achech la...sayang!"
Tanya dia lagi " Kenapa lak?"
Dia jawap "Dukung Achech la,susu Achech la, beli baju Dora la!"
Aku senyum...mama selalu dukung,dan beli baju Dora  kamu ...sebab kamu anak perempuan pertama mama, anak yang mama pohon pada Allah setiap hari kelahirannya.Mama bersyukur Allah mendengar doa mama.Dan yang penting kamu masih bayi!.

Perlukah kasih sayang bersebab?Aku manusia biasa kadang2 tindakanku tanpa sedar,cukuplah aku tahu anak2 merasai kasih sayang yang aku beri.Hidupku berkisar tentang mereka,aku sangat menyayangi mereka.Tanpa syarat...tapi aku tetapkan garis kasih sayangku!
Hati aku hanya aku yang tahu, kini aku lebih berhati-hati dengan tindakanku, kasih sayang tidak boleh dibezakan.
Takut masa berubah aku juga kan berubah.

Uwan, Emak...sekarang bila aku menjadi mama aku paham....kalian tidak dapat  meluahkan tetapi ada satu yang benar2 kalian sayang....seperti diriku, biarlah disimpan ketat menjadi Rahsia....kerana anak2ku adalah setiap rangkai nyawaku...bersambung,sekiranya terputus..terputusla jiwa ku!



Aku manusia biasa...mungkin pemikiranku sedikit pelik,tapi aku tidak mahu berpura-pura penat la!Mungkin ramai yang akan terguris,tetapi aku ikhlas dengan apa yang aku lakukan.Terpulang mereka untuk menilai,aku cuba menjadi si manis dimata keluargaku .Doakan kalian bahagia dengan keluarga kalian juga!

Sarang haeyo!










No comments:

Post a Comment